Isnin, 6 Ogos 2012

Berbuka Puasa Dengan Member SMK Sg Pasir

Assalamualaikum...

Kemarin dah berbuka dengan budak2 SMKPJ dan SKB.. harini luangkan masa dengan budak2 SMKSP pulak.. Nama Insan2 yang terlibat ialah: DEQDA AKIBANGAHEKAINATUNANG INA... okey lokasi kali ni, Deqda dan Angah pilih berbuka di  Restoran Z 'n' A di Jalan Padang Temusu, Sg Petani.. Meh nak tunjuk gambaq papan tanda kedai sikit.....



( Taraaaa Nilah kedai makan yang di maksudkan)
SIAP TOLONG PROMOTE TUEEE

Tempat ni Lanskap dia chantek tau.. kelas kau jahhh.. Kalau anda datang sini, pasti korang suka tahap seronok.. Qasa macam nak berposing sana sini huhuhuhu... Masakkan dia pun best tau.. okeylah, meh nak cerita Menu Kami ber6 Untuk berbuka puasa...

MENU UNTUK 6 ORANG:

  1. SUP AYAM
  2. SUP DAGING
  3. TOMYAM
  4. SIAKAP BAKAR / AIR ASAM
  5. IKAN TEMENUNG BAKAR
  6. TELUR DADAR
  7. SAYUR KHAILAN+ IKAN MASIN
  8. CENDAWAN GORENG
  9. NASI PUTIH
AIR:
  1. TEH AIS
  2. AIR AMRA+ASAMBOL
HARGA

* RM133.00
















Berbuka puasa dgn member SMK Pekula Jaya dan SK Keb Berapit

Sebenarnya, dah planing nak berbuka puasa ramai2
last2 hanya lima orang je yang dapat hadir
takpelah mungkin takda rezeki nak jumpa ramai2.
okeylah, taknak buat pendahuluan banyak2..
kita terus story jelah ye.. lokasi kita kali ni di KFC
Pusat membeli belah Central Square Sg petani
INI LOKASI NYA..

ALAMAKKKKKKKKK...

time macam nilah ana boleh tertinggal fon di umah lyza huhuhu...naseb bek lah zawari dan zuhairi dah siap2 tunggu di kfc.... kalau tak, jenuh nak cari mereka ( Dahlah shopping complex ni besar  huhuhuhuhuhuhuhu )... By The Way, Memang best tau sebab dapat berbuka puasa dengan member2.. Masa nilah nak tahu perkembangan masing2.. Gosip punya Gosip, sedar tak sedar dah pukul 9.30 ( tapi Apa yang penting dah solat Maqhrib).. Hari ni Memang santai beb!! kalau nak tahu lyza siap bawa kueh lagi... kueh yang dia dengan mak dia buat.. Qajin kan dia, Tengoklah Bff sapa.. hehehehehehe

masa tengah makan kfc, terlintas jugak kat umat islam di palestin..
Nampaknya skali lagi diriku kecundangan dengan nafsu sendiri :((

Sebelum balik, sempat lagi kami 3 orang ( ana ,lyza dan wani ) singgah di MCD untuk Beli aiskrim... Kalau nak tau aiskrim my pebret k... setiap kali makan aiskrim qasa mcm, tenang je... walayehhh sedap tahap melampau.... nyum2... Tunjuk photo aiskrim sikit...


Dalam kul10 malam, baru kami gerak ke tempat kereta.. kalau nak tau, ada cerita lawak.. cerita lawak ini bermula time kami nak bayar tiket parking.. cerita dia mcam ni... Jeng...Jeng...saja bunyi macam ni, nak bagi suspens sikit..ngeh2 hehehe

cerita lawak ni hanya Ekslusif di blog ni je.. huhuhu... 

masa kami nak kuar dari tempat parking, macam biasalah dah pandai masuk parking so, kenalah bayar.... time nak bayar tiket parking, boleh pulak tiket hilang.. puas tau duk cari.. cari punya cari still tak jumpa jugak.. kemudian pakcik parking tu suruh kami undur kereta.. dia suwuh kami cari tiket sampai jumpa.. kalau tak kena bayar RM20 hinggit.. adoiikkk maluuuuu giler ( nasib bek, kereta kat belakang tak da )... kalau nak tau, inilah first time dalam sejarah kehidupan jadi macam ni huhuhuhu.. takpelah, benda nak jadi never mind... dengan muka slumber yaya. kami pun undur kereta ke tempat parking balik.. 

Cari punya cari, alhamdulilah nasib bek jumpa.. So, apa lagi dengan bangganya kami pun bagilah tiket kat pakcik tersebut.. itu buktinya kami ada ambil tiket.. bukan main celup masuk je huhuhuhu... kalau nak tahu parking kami kena bayar RM1 je.. Tapi, denda tiket hilang punyalah mahai.. ( So, moral of the story.. benda2 penting mcm tu.. kita kena simpan di tempat yang kita ingat... Tp kalau benda dah nak jadi, kita kena cool.. kemudian, selesaikan masalah dengan tenang)

# Al-hamdulilah, akhirnya kami selamat sampai di rumah masing2...( Hehe, Ada org Ponteng Tarawih :P )... Pic kali ni tak banyak.. sebab fon tertinggal di rumah Lyza ^_^

        Profile Picture             Profile Picture
           Hazwani Halim                                   Eri           
Hazlyza Zainon     KaleidoSkop HeRi
              Hazlyza Zainon                           Heri

Selasa, 26 Jun 2012

My Friend EiLa SMKSP


Album My Fren...
Majlis Perkahwinan ila


Isnin, 4 Jun 2012

Pengalaman Temuduga MedSi


28/5/2012...

Opsss sorry sangat2 coz tak dapat hadir ke Majlis penikahan Abg Mat dan My fren fom6 Eila Adila... sebab hari ni ada temuduga di UUM sintok...

Al-hamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar, nasib bek semua soalan dia sy dapat jawap.. Pertama dia tanya, Ada tak jawatan masa di Unisel, Ada tak jawatan Masa Sekolah, Kenapa pilih Bidang pendidikan khas, Apa kelebihan yang sy ada sebagai guru pendidikan khas, kemudian dia tanya saya soalan dalam bahasa eng jadi jawapan yang di beri mesti di jawab dalam bahasa eng juga.. contoh soalan tersebut seperti, kalau seorang budak tengah membuang air dan murid2 lain lari dari kelas apakah tindakkan saya, pada masa itu...

# Saya rasa, saya dah berjaya menjawap kesemua soalan itu.. jadi terpulanglah pada rezeki saya sama ada dapat sambung belajar dalam bidang pendidikan khas atau tidak....


Berkelah Bersama Tok, Wan, dan lain-lain


Harini Mak Ajak Kami Pergi Berkelah di Pantai Merdeka, With Tok, Wan, Mak Uda, dan Husband dia... Lauk semua mak dah masak, dalam pukul 12 mak datang ambik kami di rumah ayah... mak suwuh bawa baju, kut2 kami semua nak mandi pantai... tapi sy xda mood la pulak nak mandi pantai, sebab dalam pikiran sy mungkin air pantai kotor. So, sy sorang je tak bawak baju..huuuu

Pak Ngah saya superb :))


6 Mei 2012...

Dah lama tak pergi rumah Tok Wa [ Mak menakan mak ] bila sampai rumah tok wa, dapat la jumpa ngan pak ngah Lan.. Masa tu pakngah tgh cuti, katanya esok pagi baru nak balik kepong.. Sembang punya sembang, tengok2 dah nak malam.. sebenarnya tak habis lagi nak korek rahsia dia, besalah orang pandai, ngaji sampai kat UK mesti banyak pengalaman yang menarik. Tapi, nak buat macam mana Masa tak mengizinkan, hari pun dah nak malam, jap g nak jumpa tok dan wan pulak.. 

syok, sembang dengan orang berilmu nie sebab mereka tak penah cakap benda kosong.. setiap benda yang di sampaikan mesti ada isi... Tak tahulah bila boleh jumpa lagi  :)




Anak kera di hutan disusu,anak sendiri di rumah kelaparan


Anak kera di hutan disusu, anak sendiri di rumah kelaparan, Maksudnya:  memberi tumpuan kepada org lain padahal darah daging sendiri langsung tidak di peduli kan..

Serius, ana memang terkilan dalam bab2 macam ni... tambah2 lagi kalau ada orang tu selalu menangkan anak tiri, tapi anak sendiri selalu di salahkan.... Dah banyak kali ana duk perhati orang tu.. kadang2 tiap  malam mesti ana rasa nak nanges, bila kenangkan anak2 orang tu... oraang tu selalu sangat jaga hati anak2 tiri dia...tapi hati anak2 sendiri tak penah di hirau, tak penah nak jaga hati dan perasaan mereka... sehinggakan anak sendiri pun rasa benci terhadap ayah mereka... Bila anak2 tak hirau mak bapak mereka, patutkan mereka di salahkan? Mesti ada sebab kenapa anak2 benci mak bapak mereka.. mungkin salah satu faktornya seperti tajuk di atas... Kesian anak2 bagai melukut di tepi gantang, sentiasa mengharapkan perhatian dan kasih sayang seorang ayah.. tapi sayang ayah , selalu bela bini dan anak2 tiri dia.... setiap manusia ada had kesabaran dia, termasuklah anak2 mereka pun ada perasaan.... ada bini, bini  jenis otak letak kat lutut, jenis penting diri sendiri, jenis busuk hati... patut anak2 benci...

# Pakcik, Kita makin hari makin tua, anak2 dah besar dan pandai menilai.. kalau harini kita x jaga hati anak2.. jangan bermimpi masa kita tua dan masa kita sakit, jangan harap anak2 nak jaga hati kita... sekarang Allah bayaq chash... jadi sedarlah kau wahai insan sebelum terlambat...  


Rabu, 9 Mei 2012

Hubungan Mak dengan Tokwan Kembali Pulih..

Ahad [ 6 Mei 2012 ]

Best ooo dapat duit Gaji RM 200 daripada majikan lama, yahuuu ya beda beduuuuu... pasni ley beli macam-macam... banyak benda duk ngidam nak beli ni...hehehehee....satu hari senyum sampai ketelinga... Tiba2, ada adik ketuk pintu bilik... kak, nak pergi rumah tokwan dengan mak bangun cepat.. Ana pun bangun, mata still pejam lagi... siap g mandi lagi.. lepas mandi boleh pulak g cari, kat mana letak duit gaji yang RM200 tadi... Tiba2 hati berkata " Ehhh... Mimpi rupanya, Ingatkan dah betul-betul dapat duit gaji..." hurmmmmm hampa rasa... itulah akibatnya tido waktu petang....huhuhu

## Pukul 5 Petang, mak dan pakcik datang ambik kami di rumah ayah.. Pastu terus g umah tokwan...



Alhamdulilah, 
syukur kepada Allah kerana pulihkan kembali hubungan Mak dengan Tok dan Wan [ sebelah mak ].. Sebenarnya, dah lama mak tak balik rumah tokwan, Sejak Mak becerai dengan ayah.. Hubungan Mak dengan Tokwan menjadi rengang [ Mungkin sebab tokwan terlalu dengar cakap orang, sebab tu tokwan salahkan mak ] Mak pulak, mungkin bekecik hati dengan tokwan, kemudian membawa diri pergi jauh... 

walaupun mak dah becerai dengan ayah, tapi ayah still bawak kami pergi ziarah ke rumah tokwan [sebelah mak].. Nasib bek lah ayah jenis okey... setenggah orang tu, kalau dah becerai nak pergi bekas rumah bapak metua pun taknak... saja nak pisahkan tok dan cucu-cucunya... [ kira ayah sy okeylahkan ] Tapi...Ada satu lagi masalah, walaupun mak dan ayah dah becerai.. tapi mereka still tak berkomunikasi.. hurmmm... Semoga Allah membuka pintu hati org tua ku, untuk berbaik-baik semula...

Kalau Nak tahu......
Hari ni al-hamdulilah, mak dan pakcik terbuka hati nak balik kampung untuk melawat tok dan wan... saya pun join sekali, sebab mak ajak.. kata mak dia segan...huhuhu ialah dah lama tak jumpa, tiba2 nak jumpa balik, mestilah segan kan....

Kalau Nak Tahu.....
Pantai Merdeka merakamkan segala detik2 manis.. walaupun pada haritu  mak dan tokwan tak banyak cakap, tapi ana rasa ini satu permulaan yang baik, baik untuk mereka kembali rapat semula... 


Sebenarnya Bukan Nak tangkap pic ais kacang..
tapi nak tangkap pic tok dan wan yg ada di belakang ais kacang hehehe

My Mom and Tok




## FAKTA ::::: I Really LOVE My Family.. But i Benci Mak Tiri [ Benci Sampai mati ]...huhuhuhu


Doa Pengantin Baru, Buat My Friend's



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh Anak-anak yang menjadi amanah Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah Zuriat yang soleh solehah Dan agar berkekalan mempelai ini Sehingga ke dalam syurga Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang

Amin Ya Rabbal Alamin.


ikhlas daripada::
Nurul Shazana Bt Abd Halim

Isnin, 30 April 2012

Kaki macam kulit katak waaaaaa sedih...

Selalunya tangan jadi bijik2 time makan makanan laut
terutama sekali  elegik dengan MR udang dan Mis Sotong
tapi dah lama x makan udang dan sotong
tiba2 kaki pulak jadi bijik-bijik
entah2 kesan daripada main air terjun kot, 
semalam berendam punya lah lama
takpun sbb ulat bulu huhuhu
syian kaki saya sudah 2 hari tak sembuh


Ujian Medsi

28/4 [ SABTU ]

hari ni abg sepupu dan adik nadiah yang tolong
teman dan hantarkan ana ke SM TEKNIK SP2
sebab hari ini Ayah bz, katanya ada hal sikit
sebelum pergi jawap exam, ana sempat blanja dia org sarapan..
yelah sian diorang tiba2 harini ana menyusahkan dia org

Al-hamdulilah, exam pun dah habis jawap.. 
Harap2 dapat lah melanjutkan pelajaran dalam 
bidang pendidikan khas di UKM or UPSI
Dapat atau tak, terpulanglah pada rezeki.. 
janji dah usaha dengan bersungguh2

sekarang masa untuk fokus dua temuduga dari USM,
iaitu dalam bidang Sastera Seni halus, dan lagi satu seni reka produk
sebenarnya hati tengah nerves ni... Macam2 benda duk pikir..
minda pun dah jadi stress, rasa nak muntah hijau pun ada..huhu

Sabar Shazana, yang penting fokus... awak cuma ada berapa hari saja lagi..
habis interbiu nie kena fokus pasal temuduga meteorologi pulak..
you can do it Ana.... Ingat, Jangan Mudah Berputus asa...
kepada seseorang im sorry...  bukan maksud sy
nak sakitkan hati awk, cuma sy
terlalu letih memikirkan
hal2 saya.. Apapun
keputusan awk
GOOd Luck
sy ucapkan

Lepas buat exam, Mak ajak berkelah di air terjun....
Walaupun dari semalam tak tidor, badan letih
Tapi Masih bersemangat nak join
Yahuuu Syokknya 
dapat bkelah.
hehe jgn jeles...


Mimpi dengar orang bagi salam..

Entri Kali nie Masih lagi pasal Mimpi Huuuhuu
 Nampak sangat ana nie kaki tido kan.. 
tapi jangan salah sangka ana bukanlah kaki tido sangat
cuma kalau ana tido tu  ana akan tidor  sepuas2nya
lebey kurang macam puteri beradu hehehe...


Mimpi Ana Kali ni tentang
seorang lelaki berpakaian baju melayu yg warna hijau tua
berselendang sorban di bahu, kemudian dia datang bagi salam,  
dia cuma bagi salam sekali saja.. kemudian dia pergi
salam yang di beri, memang jelas
Tp ana, tak sempat nak jawap
sbb slepas lelaki tu bg salam, 
lelaki tu terus pergi


Mimpi kali nie, mendatangkan perasaan pelik pada ana..
ana pun trylah cari maksud mimpi tersebut
hasil yang ana dapat ialah:


Bermimpi Bersalaman dan Mengucapkan Salam


1- Bersalaman dengan musuhnya bermakna tamatlahlah permusuhan mereka dan bermimpi musuhnya mengucapkan salam maka musuhnya itu mengajak berdamai dengannya.

2- Bermimpi memberi salam kepada orang tua yang tidak dikenalinya akan mendapat keamanan dari seksa Allah dan memberi salam pada orang tua yang dikenalinya ia akan mengahwini wanita cantik


## Alhamdulilah, kalau ada musuh yang hendak tamatkan permusuhan... Ana okey jer kalau orang nak berdamai dengan ana...



Khamis, 26 April 2012

Selamat tinggal rambutku yang panjang


Yess i Did againt.
Sleep Walking hahaha so, funny

Whatever
by da way I hate my new hair




Macam mana boleh 
g ambik gunting, terus gunting rambut..
Dalam keadaan tidak sedar lak tu
memang sebelum nie ana berhajat nak gi gunting rambut
tapi bukan nak gunting sendiri, kalau boleh nak gunting di kedai
dah banyak kali ana ajak ayah g kedai gunting rambut.. 
tapi ayah wat derkkk je
seolah2 taknak bagi ana gunting
rambut hurmmm
tadi masa tengok  rambut yg telah di gunting
waaaaaaa rasa nak nanges pun ada,
becoz i still, love my hair
walaupun sudah 1 tahun buat rebonding
tp rambut  still lurus..
sayang rasa..


hurmm..Apa2 pun
bukan senang nak simpan rambut 
yg panjang sampai ke pinggang
dulu punyalah nak simpan rambut panjang2
pastu bila dah panjang ingat  nak buat 
rambut bentuk curl..
Tapi nak buat macam mana 
impian untuk buat rambut curl 
tak kesampaian

Takpelah, redha jelahh
Nanti nak g kedai ana nak cut rambut macam ni
baru cun!!!!!

## selamat tinggal wahai rambut ku yang cantik

Jumaat, 20 April 2012

Rezeki Datang Lagi...

Sebelum ni, ana ada buat entri pasal
Cerita Mimpi Mayat dan mengandung 
Erti di sebalik mimpi Mayat dan Mengandung
ana rasa rezeki ini ada kaitan dengan apa yang ana mimpi
tapi Ana lebih percaya semua ini, adalah Anugerah dari Allah

Terima kasih Ya Allah.
Lepas Dapat Buat Ujian Munsyi dari USM, 
Datang pula tawaran temuduga dari SPA di bhgn Meteorologi
kemudian, Hari ini sekali lagi rezeki yg di beri dari Allah
Kalau nak tahu 28 Hb nie Ana, kena gi buat ujian MedSi..
Ujian ni bertujuan Utk,menguji kecerdasan pelajar yg ingin sambung belajar
dalam bidang pendidikan di IPTA seperti UPSI,UKM,UM dan lain2 lagi
Harap2 Step By Step, SHAZANA HALIM akan Lulus.
Selain daripada dapat kerja di bahagian meteorologi
ana minat sangat nak jadi cikgu Pendidikan Khas
Harap cita-cita ana ni tercapai
Amin ya robal alamin.


SLIP MedSi ::: [ Simpan buat kenangan ]


Rabu, 18 April 2012

Erti Di sebalik Mimpi Mayat Dan Mengandung..

Haritu ana ada wat entri pasal mimpi ana,
Mimpi-bertemu-mayat-dan-mengandung.
Ana bersyukur sangat kepada Allah S.W.T
sebab apa yang ana mimpi tu, sama dgn info yang ana dapat, 
[ mula2 duk fikir jugak, takut2 mimpi tu ada kaitan dgn benda buruk]



Tapi  Alhamdulilah, syukur rasanya
bila Allah memberi hadiah yang tak di duga ,
Pertama  sekali hadiah yang di beri Allah untuk Ana ialah
Ana dapat pangilan dari USM untuk buat ujian munSyi
kedua Anadapat surat PANGILAN TEMUDUGA SPA
harap2 lepas ni, Allah memurahkan lagi rezeki
NURUL SHAZANA BT ABD HALIM
Amin ya robal alamin :)


[ ini surat temuduga dari SPA ]

[ Ujian MunSyi Usm]


Rasanya kalau lulus temuduga di atas, ana rasa ana nak kerja lah
lagi pun ana memang minat bidang meteorologi sebab ada kaitan dgn alam
dulu masa sekolah subjek yg paling ana suka ialah sub. geografi
kalau nak tahu budak comel yang bernama shazana nie bekas 
pengerusi kelab geografi dan alam sekitar di sekolah tau..

Tapi masa belajar di UNISEL,
Ana ambik bidang pendidikan awal kanak2
So, Lari bidang sikit la..hikhik





Sabtu, 14 April 2012

Mimpi Bertemu mayat dan Mengandung ?


Dah dua kali mimpi bertemu mayat..
  • yang pertama mimpi kenalan rapat mati, kemudian dia bangun bercakap... tapi sebaik saja ana bagun dari tidur, apa yang mayat tu cakap , Ana dah tak ingat langsung..
  • yang kedua ana mimpi, ana pergi tengok mayat... Tapi kali nie, mayat tu tak bangun cakap... muka mayat tu ana tak nampak, kabur.....huhuhuhu

Semalam pulak,  ana mimpi, ana mengandung...

  • Siap rasa ada benda duk gerak dan tendang2 dalam perut.... Grrrrr pelik betul mimpi2 yang di alami sejak kebelakangan nie nak kata, tidor tak basuh kaki mustahil lah.... sebab sebelum tidor ana siap ambil air sembahyang lagi, pastu macam biasa baca doa tidor, doa 3 Qul dan surah Kursi...

cari maklumat kat google...
  • Ana rasa tak puas hati, ana rasa macam ada maksud jer mimpi tu.. nak g tanya ustaz malu... jadi nak sedapkan hati ana.. ana cari maklumat di google.. bila buka google.
  • Ada yang cakap, kalau mimpi jumpa mayat : ada rezeki masuk,  begitu juga dengan maksud mimpi mengandung... 
Hurm... takkan rezeki nak dapat anak kot.. agak2 lah i'm single okey... tak pernah berzina dengan mana2 lelaki...tiba2 duk mengandung, satgi tak pasal2 kena ligan/kejar dengan mai parents huhu.... Tapi, kalau ada orang nak bagi anak angkat, okey jugak... sebab memang teringin nak ambik anak angkat hehehe .. :) 




Isnin, 9 April 2012

Sendirian Melayan Dalam Mihrab Cinta

kali nie, dah keberapa kali ana tonton cerita ini
cerita ni,terlalu banyak pengajaran dan nilai2 murni
 Ana, suka sangat dengan cerita ni...
Tapi novelnya ana belum baca lagi 
tak tahulah yang mana lebih menarik
filemnya atau novelnya
tapi film yang ana tengok nie memang best
siap download lagi hehehehe





Ahad, 8 April 2012

Sabtu : hari yang Super Duper Bussy

9.00-11.00 Pagi  : 
Gerak ke SMK Ibrahim ( untuk buat ujian MunSyi )


11.00 -1.00 Petang : 
Pergi Kolej Marikulasi Pulau Pinang ( Ambik Adik Fatin )
- Pastu Kami pergi Makan Nasi Kandar di Kawasan Taman Bertam, P.Png
-  Kemudian pergi ke Kota Kuala muda ( untuk gi cabut gigi ayah )
Tapi  klinik tutup jadi terpaksalah balik ( sian ayah sakit gigi )
-  Masa on da way nak balik rumah sempat Singgah beli air kelapa di Tikam Batu
- Bila sampai saja di rumah,Ana terus gi Mandi  ( Sbb lepaszohor nak keluar dgn Lyza)



2.30 - 3.00 petang :
- Lyza datang ambik ana di rumah Kemudian kami terus Pergi Village Mall
- Bila sampai di village Mall, kawan kami si wari dah tunggu dah di sana
- Masa nak g beli tiket, cerita 3 temujanji tak ada di sana..
cerita Jangan Padang2 start lewat pulak, start kul6 tak silap



- Member bagi cadangan, supaya pergi tengok wayang di CS [ Semua orang setuju ]
- Sebelum pergi CS Ana dan Lyza sempat singgah di hentian bus untuk beli tiket
[ sbb  hari ahad lyza nak balik pahang]


- Kami semua Tengok Wayang, cerita Jangan Pandang-Pandang
- Habis movie kami semua g Makan2, sambil sembang2 tentang cerita lama 
[ biasalah kawan skolah, lama tak jumpa tp bila dah jumpa mcm2 benda nak cerita ]
- Habis Makan, Kami pi Tengok pameran Takasima ( Kereta Ferrari ) dan PC Fair
- Dalam pukul 7 gerak balik rumah ( Anak dara tak elok balik malam2,  hehee)


7.30-10.30 Malam 
- Sampai je di rumah ayah ajak pi dengar ceramah agama 
di Masjid Al-Taqwa di Taman Bertam
nak tolak rasa tak tergamak, sbb time bersuka ria nak.. 
bila orang ajak pergi ceramah taknak..
apa2pun, ana kena ikhlaskan hati untuk 
pergi dengar ceramah agama tersebut, walaupun letih
- Bila ceramah habis, perut rasa lapar lah pulak 
[ ana dan atin ngada2 ajak ayah p makan hehehee ]




11.30-12.00 Malam
- Dari Bertam K.Batas pergi pulak ke Sungai Petani 
- Kami Isi perut di Kedai Makan D'king [ nasib baik cepat dia masak ]
kalau tak, dah terlena ana di meja makan kedai tersebut hehehe
- Habis makan kami terus balik rumah


Perut pun dah kenyang
penat tak payah nak cakaplah kan
sebelum  pergi mandi, Ana sempat buka fesbuk jap
Tapi bila tengok bilik terlalu semak sangat
terpaksalah ana kemas bilik dulu
kemas punya kemas, tak sedar kul3 pagi
Lepas tu Tidor sampai tak ingat dunia heehehehee 
itu jer cerita untuk hari sabtu 7-4-2012
-The And-







Khamis, 29 Mac 2012

Qiamullail Atas Katil


Semalam punyalah tidur awal semata2 untuk pergi  
Qiamullail di Masjid Al-Ikhlas Pulau Sepom, Tikam Batu..
Kul2 pagi, Ana dah bangun... Siap mandi dan gosok baju lagi..
Tengok sapa pun tak bangun lagi, ana p0n tertid0r balik..
tidur punya tidur, jam sudah kul 4 pagi ( tapi tak dak sapa yg datang kejutkan)
hujan pulak turun lebat... Ana pun sambung tidur, tidur nyenyak lak tu ...
tidor sampai jam 6.30 pagi ( kan dah terlepas Qiamullail di Masjid)...
Menyesal rasanya membiarkan setan mempengaruhi tidur ku :-(
Benciiiiiiiii [ Nyesal Tak sudah !!!!!!!!!! ] 




Isnin, 26 Mac 2012

Sedapnya kalau Dapat Makan Cendoi Pulut


Dah lama ana nak minum air cendoi pulut nie
tapi payah nak jumpa kedai yang  menjualnya
tapi Al-hamdulilah... jumaat haritu dapat jugak makan cendoi pulut 
bersetakan dengan rojak buah..nyummmm2
akhirnya tiada lagi rasa kempunan
cuma rasa tak puas tu, masih ada lagi sampai skarang
hurmmm rasa nak minum lagilah cendoi pulut nie
sebab sedap sangat-sangat.. 
kenikmatannya masih terasa, sampai sekarang 
hehehehehehehehehehe....

Salurkan Derma Anda,Dgn Mengklik Iklan di Bwh Ini Sebyk Yg Mungkin,Jasa2 Anda Akn DiKenang Tq