Isnin, 30 April 2012

Kaki macam kulit katak waaaaaa sedih...

Selalunya tangan jadi bijik2 time makan makanan laut
terutama sekali  elegik dengan MR udang dan Mis Sotong
tapi dah lama x makan udang dan sotong
tiba2 kaki pulak jadi bijik-bijik
entah2 kesan daripada main air terjun kot, 
semalam berendam punya lah lama
takpun sbb ulat bulu huhuhu
syian kaki saya sudah 2 hari tak sembuh


Ujian Medsi

28/4 [ SABTU ]

hari ni abg sepupu dan adik nadiah yang tolong
teman dan hantarkan ana ke SM TEKNIK SP2
sebab hari ini Ayah bz, katanya ada hal sikit
sebelum pergi jawap exam, ana sempat blanja dia org sarapan..
yelah sian diorang tiba2 harini ana menyusahkan dia org

Al-hamdulilah, exam pun dah habis jawap.. 
Harap2 dapat lah melanjutkan pelajaran dalam 
bidang pendidikan khas di UKM or UPSI
Dapat atau tak, terpulanglah pada rezeki.. 
janji dah usaha dengan bersungguh2

sekarang masa untuk fokus dua temuduga dari USM,
iaitu dalam bidang Sastera Seni halus, dan lagi satu seni reka produk
sebenarnya hati tengah nerves ni... Macam2 benda duk pikir..
minda pun dah jadi stress, rasa nak muntah hijau pun ada..huhu

Sabar Shazana, yang penting fokus... awak cuma ada berapa hari saja lagi..
habis interbiu nie kena fokus pasal temuduga meteorologi pulak..
you can do it Ana.... Ingat, Jangan Mudah Berputus asa...
kepada seseorang im sorry...  bukan maksud sy
nak sakitkan hati awk, cuma sy
terlalu letih memikirkan
hal2 saya.. Apapun
keputusan awk
GOOd Luck
sy ucapkan

Lepas buat exam, Mak ajak berkelah di air terjun....
Walaupun dari semalam tak tidor, badan letih
Tapi Masih bersemangat nak join
Yahuuu Syokknya 
dapat bkelah.
hehe jgn jeles...


Mimpi dengar orang bagi salam..

Entri Kali nie Masih lagi pasal Mimpi Huuuhuu
 Nampak sangat ana nie kaki tido kan.. 
tapi jangan salah sangka ana bukanlah kaki tido sangat
cuma kalau ana tido tu  ana akan tidor  sepuas2nya
lebey kurang macam puteri beradu hehehe...


Mimpi Ana Kali ni tentang
seorang lelaki berpakaian baju melayu yg warna hijau tua
berselendang sorban di bahu, kemudian dia datang bagi salam,  
dia cuma bagi salam sekali saja.. kemudian dia pergi
salam yang di beri, memang jelas
Tp ana, tak sempat nak jawap
sbb slepas lelaki tu bg salam, 
lelaki tu terus pergi


Mimpi kali nie, mendatangkan perasaan pelik pada ana..
ana pun trylah cari maksud mimpi tersebut
hasil yang ana dapat ialah:


Bermimpi Bersalaman dan Mengucapkan Salam


1- Bersalaman dengan musuhnya bermakna tamatlahlah permusuhan mereka dan bermimpi musuhnya mengucapkan salam maka musuhnya itu mengajak berdamai dengannya.

2- Bermimpi memberi salam kepada orang tua yang tidak dikenalinya akan mendapat keamanan dari seksa Allah dan memberi salam pada orang tua yang dikenalinya ia akan mengahwini wanita cantik


## Alhamdulilah, kalau ada musuh yang hendak tamatkan permusuhan... Ana okey jer kalau orang nak berdamai dengan ana...



Khamis, 26 April 2012

Selamat tinggal rambutku yang panjang


Yess i Did againt.
Sleep Walking hahaha so, funny

Whatever
by da way I hate my new hair




Macam mana boleh 
g ambik gunting, terus gunting rambut..
Dalam keadaan tidak sedar lak tu
memang sebelum nie ana berhajat nak gi gunting rambut
tapi bukan nak gunting sendiri, kalau boleh nak gunting di kedai
dah banyak kali ana ajak ayah g kedai gunting rambut.. 
tapi ayah wat derkkk je
seolah2 taknak bagi ana gunting
rambut hurmmm
tadi masa tengok  rambut yg telah di gunting
waaaaaaa rasa nak nanges pun ada,
becoz i still, love my hair
walaupun sudah 1 tahun buat rebonding
tp rambut  still lurus..
sayang rasa..


hurmm..Apa2 pun
bukan senang nak simpan rambut 
yg panjang sampai ke pinggang
dulu punyalah nak simpan rambut panjang2
pastu bila dah panjang ingat  nak buat 
rambut bentuk curl..
Tapi nak buat macam mana 
impian untuk buat rambut curl 
tak kesampaian

Takpelah, redha jelahh
Nanti nak g kedai ana nak cut rambut macam ni
baru cun!!!!!

## selamat tinggal wahai rambut ku yang cantik

Jumaat, 20 April 2012

Rezeki Datang Lagi...

Sebelum ni, ana ada buat entri pasal
Cerita Mimpi Mayat dan mengandung 
Erti di sebalik mimpi Mayat dan Mengandung
ana rasa rezeki ini ada kaitan dengan apa yang ana mimpi
tapi Ana lebih percaya semua ini, adalah Anugerah dari Allah

Terima kasih Ya Allah.
Lepas Dapat Buat Ujian Munsyi dari USM, 
Datang pula tawaran temuduga dari SPA di bhgn Meteorologi
kemudian, Hari ini sekali lagi rezeki yg di beri dari Allah
Kalau nak tahu 28 Hb nie Ana, kena gi buat ujian MedSi..
Ujian ni bertujuan Utk,menguji kecerdasan pelajar yg ingin sambung belajar
dalam bidang pendidikan di IPTA seperti UPSI,UKM,UM dan lain2 lagi
Harap2 Step By Step, SHAZANA HALIM akan Lulus.
Selain daripada dapat kerja di bahagian meteorologi
ana minat sangat nak jadi cikgu Pendidikan Khas
Harap cita-cita ana ni tercapai
Amin ya robal alamin.


SLIP MedSi ::: [ Simpan buat kenangan ]


Rabu, 18 April 2012

Erti Di sebalik Mimpi Mayat Dan Mengandung..

Haritu ana ada wat entri pasal mimpi ana,
Mimpi-bertemu-mayat-dan-mengandung.
Ana bersyukur sangat kepada Allah S.W.T
sebab apa yang ana mimpi tu, sama dgn info yang ana dapat, 
[ mula2 duk fikir jugak, takut2 mimpi tu ada kaitan dgn benda buruk]



Tapi  Alhamdulilah, syukur rasanya
bila Allah memberi hadiah yang tak di duga ,
Pertama  sekali hadiah yang di beri Allah untuk Ana ialah
Ana dapat pangilan dari USM untuk buat ujian munSyi
kedua Anadapat surat PANGILAN TEMUDUGA SPA
harap2 lepas ni, Allah memurahkan lagi rezeki
NURUL SHAZANA BT ABD HALIM
Amin ya robal alamin :)


[ ini surat temuduga dari SPA ]

[ Ujian MunSyi Usm]


Rasanya kalau lulus temuduga di atas, ana rasa ana nak kerja lah
lagi pun ana memang minat bidang meteorologi sebab ada kaitan dgn alam
dulu masa sekolah subjek yg paling ana suka ialah sub. geografi
kalau nak tahu budak comel yang bernama shazana nie bekas 
pengerusi kelab geografi dan alam sekitar di sekolah tau..

Tapi masa belajar di UNISEL,
Ana ambik bidang pendidikan awal kanak2
So, Lari bidang sikit la..hikhik





Sabtu, 14 April 2012

Mimpi Bertemu mayat dan Mengandung ?


Dah dua kali mimpi bertemu mayat..
  • yang pertama mimpi kenalan rapat mati, kemudian dia bangun bercakap... tapi sebaik saja ana bagun dari tidur, apa yang mayat tu cakap , Ana dah tak ingat langsung..
  • yang kedua ana mimpi, ana pergi tengok mayat... Tapi kali nie, mayat tu tak bangun cakap... muka mayat tu ana tak nampak, kabur.....huhuhuhu

Semalam pulak,  ana mimpi, ana mengandung...

  • Siap rasa ada benda duk gerak dan tendang2 dalam perut.... Grrrrr pelik betul mimpi2 yang di alami sejak kebelakangan nie nak kata, tidor tak basuh kaki mustahil lah.... sebab sebelum tidor ana siap ambil air sembahyang lagi, pastu macam biasa baca doa tidor, doa 3 Qul dan surah Kursi...

cari maklumat kat google...
  • Ana rasa tak puas hati, ana rasa macam ada maksud jer mimpi tu.. nak g tanya ustaz malu... jadi nak sedapkan hati ana.. ana cari maklumat di google.. bila buka google.
  • Ada yang cakap, kalau mimpi jumpa mayat : ada rezeki masuk,  begitu juga dengan maksud mimpi mengandung... 
Hurm... takkan rezeki nak dapat anak kot.. agak2 lah i'm single okey... tak pernah berzina dengan mana2 lelaki...tiba2 duk mengandung, satgi tak pasal2 kena ligan/kejar dengan mai parents huhu.... Tapi, kalau ada orang nak bagi anak angkat, okey jugak... sebab memang teringin nak ambik anak angkat hehehe .. :) 




Isnin, 9 April 2012

Sendirian Melayan Dalam Mihrab Cinta

kali nie, dah keberapa kali ana tonton cerita ini
cerita ni,terlalu banyak pengajaran dan nilai2 murni
 Ana, suka sangat dengan cerita ni...
Tapi novelnya ana belum baca lagi 
tak tahulah yang mana lebih menarik
filemnya atau novelnya
tapi film yang ana tengok nie memang best
siap download lagi hehehehe





Ahad, 8 April 2012

Sabtu : hari yang Super Duper Bussy

9.00-11.00 Pagi  : 
Gerak ke SMK Ibrahim ( untuk buat ujian MunSyi )


11.00 -1.00 Petang : 
Pergi Kolej Marikulasi Pulau Pinang ( Ambik Adik Fatin )
- Pastu Kami pergi Makan Nasi Kandar di Kawasan Taman Bertam, P.Png
-  Kemudian pergi ke Kota Kuala muda ( untuk gi cabut gigi ayah )
Tapi  klinik tutup jadi terpaksalah balik ( sian ayah sakit gigi )
-  Masa on da way nak balik rumah sempat Singgah beli air kelapa di Tikam Batu
- Bila sampai saja di rumah,Ana terus gi Mandi  ( Sbb lepaszohor nak keluar dgn Lyza)



2.30 - 3.00 petang :
- Lyza datang ambik ana di rumah Kemudian kami terus Pergi Village Mall
- Bila sampai di village Mall, kawan kami si wari dah tunggu dah di sana
- Masa nak g beli tiket, cerita 3 temujanji tak ada di sana..
cerita Jangan Padang2 start lewat pulak, start kul6 tak silap



- Member bagi cadangan, supaya pergi tengok wayang di CS [ Semua orang setuju ]
- Sebelum pergi CS Ana dan Lyza sempat singgah di hentian bus untuk beli tiket
[ sbb  hari ahad lyza nak balik pahang]


- Kami semua Tengok Wayang, cerita Jangan Pandang-Pandang
- Habis movie kami semua g Makan2, sambil sembang2 tentang cerita lama 
[ biasalah kawan skolah, lama tak jumpa tp bila dah jumpa mcm2 benda nak cerita ]
- Habis Makan, Kami pi Tengok pameran Takasima ( Kereta Ferrari ) dan PC Fair
- Dalam pukul 7 gerak balik rumah ( Anak dara tak elok balik malam2,  hehee)


7.30-10.30 Malam 
- Sampai je di rumah ayah ajak pi dengar ceramah agama 
di Masjid Al-Taqwa di Taman Bertam
nak tolak rasa tak tergamak, sbb time bersuka ria nak.. 
bila orang ajak pergi ceramah taknak..
apa2pun, ana kena ikhlaskan hati untuk 
pergi dengar ceramah agama tersebut, walaupun letih
- Bila ceramah habis, perut rasa lapar lah pulak 
[ ana dan atin ngada2 ajak ayah p makan hehehee ]




11.30-12.00 Malam
- Dari Bertam K.Batas pergi pulak ke Sungai Petani 
- Kami Isi perut di Kedai Makan D'king [ nasib baik cepat dia masak ]
kalau tak, dah terlena ana di meja makan kedai tersebut hehehe
- Habis makan kami terus balik rumah


Perut pun dah kenyang
penat tak payah nak cakaplah kan
sebelum  pergi mandi, Ana sempat buka fesbuk jap
Tapi bila tengok bilik terlalu semak sangat
terpaksalah ana kemas bilik dulu
kemas punya kemas, tak sedar kul3 pagi
Lepas tu Tidor sampai tak ingat dunia heehehehee 
itu jer cerita untuk hari sabtu 7-4-2012
-The And-







Salurkan Derma Anda,Dgn Mengklik Iklan di Bwh Ini Sebyk Yg Mungkin,Jasa2 Anda Akn DiKenang Tq