Rabu, 9 Mei 2012

Hubungan Mak dengan Tokwan Kembali Pulih..

Ahad [ 6 Mei 2012 ]

Best ooo dapat duit Gaji RM 200 daripada majikan lama, yahuuu ya beda beduuuuu... pasni ley beli macam-macam... banyak benda duk ngidam nak beli ni...hehehehee....satu hari senyum sampai ketelinga... Tiba2, ada adik ketuk pintu bilik... kak, nak pergi rumah tokwan dengan mak bangun cepat.. Ana pun bangun, mata still pejam lagi... siap g mandi lagi.. lepas mandi boleh pulak g cari, kat mana letak duit gaji yang RM200 tadi... Tiba2 hati berkata " Ehhh... Mimpi rupanya, Ingatkan dah betul-betul dapat duit gaji..." hurmmmmm hampa rasa... itulah akibatnya tido waktu petang....huhuhu

## Pukul 5 Petang, mak dan pakcik datang ambik kami di rumah ayah.. Pastu terus g umah tokwan...



Alhamdulilah, 
syukur kepada Allah kerana pulihkan kembali hubungan Mak dengan Tok dan Wan [ sebelah mak ].. Sebenarnya, dah lama mak tak balik rumah tokwan, Sejak Mak becerai dengan ayah.. Hubungan Mak dengan Tokwan menjadi rengang [ Mungkin sebab tokwan terlalu dengar cakap orang, sebab tu tokwan salahkan mak ] Mak pulak, mungkin bekecik hati dengan tokwan, kemudian membawa diri pergi jauh... 

walaupun mak dah becerai dengan ayah, tapi ayah still bawak kami pergi ziarah ke rumah tokwan [sebelah mak].. Nasib bek lah ayah jenis okey... setenggah orang tu, kalau dah becerai nak pergi bekas rumah bapak metua pun taknak... saja nak pisahkan tok dan cucu-cucunya... [ kira ayah sy okeylahkan ] Tapi...Ada satu lagi masalah, walaupun mak dan ayah dah becerai.. tapi mereka still tak berkomunikasi.. hurmmm... Semoga Allah membuka pintu hati org tua ku, untuk berbaik-baik semula...

Kalau Nak tahu......
Hari ni al-hamdulilah, mak dan pakcik terbuka hati nak balik kampung untuk melawat tok dan wan... saya pun join sekali, sebab mak ajak.. kata mak dia segan...huhuhu ialah dah lama tak jumpa, tiba2 nak jumpa balik, mestilah segan kan....

Kalau Nak Tahu.....
Pantai Merdeka merakamkan segala detik2 manis.. walaupun pada haritu  mak dan tokwan tak banyak cakap, tapi ana rasa ini satu permulaan yang baik, baik untuk mereka kembali rapat semula... 


Sebenarnya Bukan Nak tangkap pic ais kacang..
tapi nak tangkap pic tok dan wan yg ada di belakang ais kacang hehehe

My Mom and Tok




## FAKTA ::::: I Really LOVE My Family.. But i Benci Mak Tiri [ Benci Sampai mati ]...huhuhuhu


Doa Pengantin Baru, Buat My Friend's



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh Anak-anak yang menjadi amanah Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah Zuriat yang soleh solehah Dan agar berkekalan mempelai ini Sehingga ke dalam syurga Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang

Amin Ya Rabbal Alamin.


ikhlas daripada::
Nurul Shazana Bt Abd Halim

Salurkan Derma Anda,Dgn Mengklik Iklan di Bwh Ini Sebyk Yg Mungkin,Jasa2 Anda Akn DiKenang Tq